BERITA
SEMASA
Kenali PM di Facebook

KUALA LUMPUR 17 Nov. –
Laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak bukan sahaja berperanan sebagai
platform untuk rakyat menyuarakan pandangan bahkan
memberi peluang kepada semua pihak mengenali
pemimpin nombor satu negara itu secara mendalam.
Hanya dengan klik ke alamat www.facebook.com/najibrazak,
pengunjung boleh berkongsi maklumat peribadi Perdana
Menteri yang jarang diketahui oleh masyarakat.
Dalam laman sosial itu,
beliau mendedahkan pelbagai aktiviti yang dilakukan
daripada menghadiri mesyuarat dan bekerja
sehinggalah menonton perlawanan bola sepak
membabitkan pasukan kegemarannya Manchester United,
makan ikan patin dan mengunjungi kedai buku.
Antara aktiviti beliau
yang dipaparkan untuk tatapan pengunjung:
Dengan pengunjung laman
Facebook, Najib turut berkongsi minatnya terhadap
penyanyi dan muzik pilihan beliau seperti Ronan
Keating - When You Say Nothing At All; Harry
Belafonte - Jamaica Farewell dan Ben E. King - Save
The Last Dance. Najib turut menamakan filem-filem
yang menjadi pilihannya iaitu Gladiator, A Few Good
Men dan yang menampilkan aktor Denzel Washington
termasuklah Deja Vu. Saluran televisyen kegemaran
beliau pula adalah CNN, History Channel, Discovery
Channel dan National Geographic.
Perdana Menteri turut
berkongsi dua petikan oleh Colin Powell yang menjadi
kegemarannya iaitu “ambil serius mengenai kerja anda
tapi jangan terlalu serius dengan diri anda” serta
“jangan tergesa-gesa bertindak terhadap sesuatu
perkara, ia kebiasaannya dilihat lebih baik pada
hari berikutnya.” Mengenai dirinya, Najib menulis:
“Kehidupan saya sangat sibuk tetapi saya sukakannya.
Pada masa lapang saya fokus kepada makan tengah hari
bersama keluarga pada hari Ahad, menonton televisyen
bersama anak-anak dan bercuti.
“Paling banyak
mempengaruhi saya ialah arwah ayah saya, Allahyarham
Tun Abdul Razak. Tetapi saya mengagumi kemahiran
pidato dan sikap tidak mudah mengalah Sir Winston
Churchill, Nelson Mandela kerana pengorbanan beliau
dan tidak pernah gentar dengan kesusahan dan John F.
Kennedy.” Sementara itu dalam laman blog
www.1malaysia.com.my, Perdana Menteri teruja untuk
memaklumkan mengenai penyertaannya dalam Facebook.
Katanya, sebagaimana
blog 1Malaysia dan penyertaannya dalam Twitter,
beliau akan menggunakan Facebook untuk menyampaikan
pemikiran dan aktiviti kepada setiap lapisan rakyat.
“Di samping memaklumkan
status terbaru, saya juga akan berkongsi pautan foto
Flickr, video daripada You Tube dan maklumat
berhubung kegemaran peribadi saya seperti masakan
dan aktiviti masa lapang kegemaran saya.
“Silalah berkunjung ke
laman Facebook saya bila-bila anda ada kelapangan,
silalah berikan pandangan anda bagaimana saya boleh
menjadikannya lebih baik lagi,” katanya
Petikan dari utusan
18/11/09. Sumber gambar dari Flickr/ Najib. Diedit
oleh admin.
|