Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

RAJA NAZRIN TURUT SIMPATI

   

KAMPAR 27 Okt. - Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah hari ini melawat tempat kejadian jambatan gantung yang runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini di mana seorang murid perempuan lemas dan dua lagi murid perempuan masih hilang.

Baginda tiba pada pukul 5 petang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Zakaria Yahya.

Baginda turut mengunjungi bilik operasi di padang sekolah serta bertemu ibu bapa mangsa kejadian itu.

Hujan pada sebelah petang tidak menghalang kira-kira 500 anggota dan pegawai pasukan mencari dan menyelamat dari pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dua lagi mangsa perempuan yang hilang. Mayat seorang daripada tiga murid yang hilang dalam kejadian pukul 10.30 malam itu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pagi ini.

Mangsa merupakan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, Kampar. Dua lagi murid yang masih hilang ialah V. Diryasree, 12, dari SJKT Gopeng dan M. Davadharsini, 11, dari SJKT Mambang Di Awan.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam tadi, jambatan gantung tersebut tiba-tiba runtuh menyebabkan tiga murid yang sedang mengikuti perkhemahan 1Malaysia itu hilang. Bagaimanapun, jumlah mereka yang hilang dalam kejadian itu disahkan hanya tiga orang, manakala 19 lagi yang sebelum ini dikatakan turut lemas, terselamat.

Perkhemahan selama empat hari itu bermula semalam dan disertai seramai 298 murid daripada 60 buah sekolah daerah Kinta Selatan iaitu Kampar, Ipoh dan Batu Gajah.

Diedit oleh admin. Utusan Online 28/10/2009.

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK