BERITA
SEMASA
Budget untuk rakyat

Sebagai sebuah
pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah
janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan,
adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran
dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian
CUKAI
Pelepasan cukai
pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000
daripada RM8,000. Pengurangan kadar cukai maksimum
individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.
Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500
setahun pada 2010 hingga 2012.
KAKITANGAN AWAM
Bayaran khas RM500
kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara
wajib kerajaan pada Disember ini. Pinjaman pembelian
komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun
sekali sekarang.
RUMAH
74,000 unit rumah kos
rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada
2010.
KWSP
Skim Simpanan Persaraan
1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada
pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan
penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5
peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan
premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada
RM7,000. Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11
peratus.
PENDIDIKAN
Menukar pinjaman PTPTN
kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas
pertama. 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa
Nasional di universiti tersohor. Pakej ‘netbook’
termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran
RM50 sebulan untuk dua tahun. Diskaun 50 peratus
perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar
dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.
Petikan dari Utusan Online. Sumber gambar dari
AgendaDaily. 24 /10/2009. |