BERITA
SEMASA
GAGASAN 1MALAYSIA HEBAT !!



IPOH 18 Okt. – Gagasan 1Malaysia merupakan konsep
unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara
ini sebagai lambang komitmen dan usaha sepadu rakyat
demi mencapai yang terbaik untuk negara.
‘‘Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang
perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu sangat unik
kerana menggunakan nombor 1 yang dimasukkan dengan
bendera Malaysia.
‘‘Nombor 1 juga merupakan angka terbesar sekali yang
bermakna kita mahu melakukan dan memberi komitmen
terbaik untuk negara. Inilah asas kita dan
perjalanan kita masih lagi jauh kerana perjuangan
membina negara tidak boleh berhenti,” katanya.
Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 50,000
rakyat negeri Perak pada majlis pelancaran Gagasan
1Malaysia di Stadium Perak di sini malam ini. Perak
merupakan negeri pertama yang dipilih Perdana
Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia dan
selepas ini akan dituruti oleh negeri-negeri lain.
Menurut Najib, Gagasan 1Malaysia sebenarnya bermula
sewaktu semua kaum di negara ini sebagai satu
keluarga menuntut kemerdekaan tanah air daripada
British.
Jelas beliau, sebelum itu, semua kaum memainkan
peranan demi keselamatan, keharmonian dan kemakmuran
tanah air dalam menentang pengganas Komunis,
mengerjakan lombong serta ladang-ladang.
‘‘Gagasan 1Malaysia akan dilaksanakan berlandaskan
Perlembagaan Negara serta permuafakatan antara kaum
kerana dengan itu sahaja membolehkan kerajaan
berlaku adil kepada semua sejajar dengan tuntutan
agama Islam.
Petikan dari utusan online. Diedit ole admin
19/10/09. ( Sumber gambar dari parpukari blogspot.
)
|