BERITA
SEMASA
Empat langkah tambahan bendung penularan H1N1.
PUTRAJAYA 4 Ogos –
Kerajaan hari ini memutuskan empat langkah tambahan
menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1)
yang sehingga kini telah mengorbankan sembilan nyawa.
a)Meningkatkan simpanan
stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan
kos sebanyak RM20 juta.
b)Memberi rawatan
antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit
yang berisiko dan mempunyai simptom selesema babi.
c)Melaksanakan saringan
suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas
bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan
alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang
sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah
serta mematuhi nasihat kesihatan.
d)Menambah jumlah katil
di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital
terbabit sekiranya tidak mencukupi.
Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua pesakit
yang berisiko dan mempunyai simptom HINI tidak perlu
menjalani ujian pengesahan.Katanya, rawatan
antivirus akan diberi untuk kes-kes yang dikesan
dalam tempoh 48 jam selepas menunjukkan tanda
dijangkiti H1N1. Semua kes yang mempunyai simptom
jangkitan influenza dan mempunyai faktor risiko akan
diberi rawatan antivirus serta-merta tanpa perlu
membuat ujian pengesahan H1N1.Muhyiddin memberitahu,
sebanyak 14 kes baru H1N1 melibatkan jangkitan
tempatan dan warga Malaysia dilaporkan hari ini di
mana 13 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga
kluster baru serta satu kes terpencil.
Timbalan Perdana Menteri
menambah, berdasarkan situasi global, sehingga hari
ini sebanyak 189,155 kes dengan 1,319 kematian
dilaporkan membabitkan 168 negara dengan Pakistan
melaporkan kes pertama.
Petikan dari utusan. 05/08/2009. Diedit oleh admin. |