Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

MEMALUKAN NEGARA !

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Insiden memalukan yang mengakibatkan Ibu Kota menjadi kucar-kacir berulang kembali Sabtu lalu yang pastinya meninggalkan detik hitam dan mencalar keharmonian serta kesejahteraan negara bukan sahaja di mata rakyat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, peristiwa sedemikian tidak menguntungkan sesiapa kecuali didalangi kelompok tidak bertanggungjawab yang sememangnya sengaja mahukan publisiti murahan hinggakan sanggup menggadaikan maruah negara dan memperalatkan rakyat dengan tingkah sedemikian.

Bukan sekali atau dua kali amaran dari pihak berkuasa dikeluarkan malahan para pemimpin termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegah dan menempelak pihak yang menganjurkannya di samping individu-individu yang lebih mementingkan idealogi songsang sendiri. Sewajarnya, sebelum melakukan sebarang tindakan, kenapa tidak difikirkan terlebih dahulu apa yang mahu dibuat lantas impaknya kepada diri sendiri dan khalayak serta paling penting nama bangsa dan negara.

Apatah lagi, kawasan yang menjadi lokasi perhimpunan adalah kawasan awam yang sememangnya tumpuan utama kepada golongan rakyat semua peringkat khususnya hujung minggu untuk membeli belah dan mengisi ruang santai.

Malangnya, perhimpunan yang didalangi para pemimpin pembangkang ini menjadikan orang awam sebagai mangsa dan Ibu Kota hura-hara. Kesannya, kerugian yang berlaku ekoran insiden tersebut dikatan menjangkai RM200 juta, di samping beberapa kompleks membeli belah utama juga terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit ekoran terpaksa ditutup dan tempiasnya lebih dirasai oleh golongan peniaga kecil yang menunggu hujung minggu untuk mendapatkan rezeki tambahan.

Ini belum lagi dengan kerosakan harta benda awam susulan tindakan tidak bertanggungjawab para penunjuk perasaan yang tidak kurang bertindak ganas dan sanggup bertempur dengan pihak polis. Bukan itu sahaja, ekoran insiden tersebut, dilaporkan bahawa kesesakan lalu lintas melarat hingga ke pinggir Ibu Kota apabila hampir keseluruhan jalan-jalan utama terpaksa ditutup termasuklah laluan ke Sungai Besi.

Lantaran itu, tindakan pihak polis adalah wajar termasuklah penahanan hampir 600 individu yang bertindak ganas dan menghasut orang ramai. Malangnya, para pemimpin pembangkang seakan bangga dengan keadaan huru-hara dan kucar-kacir yang disokong oleh mereka lantas mengatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah berjaya sedangkan realitinya yang menjadi mangsa adalah masyarakat dan para peniaga yang ada di Ibu Kota.

Bayangkanlah, jika para pemimpin pembangkang ini mendapat kuasa, tentunya punah ranahlah negara ekoran daripada tindakan demonstrasi jalanan yang didukung mereka lantas apa pula jaminan untuk kesejahteraan dan keamanan rakyat apatah lagi untuk bersosial di hujung minggu.

Lantaran itu, kewajaran yang paling tepat, para pemimpin pembangkang menggunakan perhimpunan jalanan bagi mengaut publisiti lantaran tewas dengan agenda Kerajaan dan impian Satu Malaysia keseluruhan rakyat

 

Petikan dari Umno Online. 04/08/2009.

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK