BERITA
SEMASA
Kes Teoh:Suruhanjaya
Diraja Ditubuhkan

Kabinet hari Rabu membuat tiga keputusan berhubung
dengan kes kematian setiausaha polik kepada Exco
Selangor, Teoh Beng Hock yang bertujuan mahu
penyiasatan dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari
punca kejadian berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata,
cabinet mengambil keputusan supaya satu inkues yang
diketuai oleh seorang majistret dijalankan bagi
menentukan punca kematian Teoh.
Inkues berkenaan dijangka akan bermula minggu depan.
Keduanya menurut Najib, satu Suruhanjaya Diraja akan
diwujudkan bagi meneliti dan mengkaji peraturan
berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi
semasa proses soal siasat dijalankan termasuk dalam
kes Teoh.
Ketiganya, kabinet mengarahkan Kementerian Dalam
Negeri dan polis menyelesaikan kes siasatan Teoh
dengan secepat mungkin dan laporan siasatan akan
diumumkan kepada awam.
Langkah-langkah ini mencerminkan kesungguhan dan
komitmen kerajaan untuk mencari punca
kejadiantersebut agar keluarga saudara Teoh dan
masyarakat mengetahui sebenarnya apa yang berlaku.
Najib pada sidang media itu turut merakamkan takziah
kepada keluarga Teoh bagi pihak kabinet. Beliau juga
menjelaskan, selaras dengan konsep 1 Malaysia Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan, beliau telah
memaklumkan kepada kabinet bahawa institusi kerajaan
diwujudkan hanya untuk menjaga hak dan kepentingan
rakyat.
Diedit oleh admin. 22 Julai 2009. |