Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI

Pilihanraya Kecil 2009

Mohd Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348

Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283

Majoriti : 65

Pilihanraya 2008

Ismail Yaacob (PAS) : 5,748

Zulkepli Omar (BN) : 4,394

Majoriti : 1,352


KEPUTUSAN pilihanraya kecil Manek Urai mungkin adalah tanda awal penyakit krisis keyakinan rakyat terhadap UMNO akan berakhir. Kejayaan mengurangkan majoriti PAS daripada 1,352 undi ke hanya 65, merupakan tanda-tanda awal perubahan hati rakyat terhadap kepimpinan parti ini.

Walaupun kalah, tetapi UMNO kalah dengan bergaya. Kemenangan PAS memang telah dijangka kerana pilihanraya kecil ini diadakan di pusat kekuatan PAS – Kelantan. Tetapi kejayaan UMNO mengurangkan majoriti yang besar merupakan satu tamparan hebat di dahi PAS itu sendiri.

Bagaimanapun ia tidak bermakna, UMNO boleh berpuas-hati dengan “kejayaan” itu. Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah, pemimpin UMNO perlu lebih sensitif-rakyat.

Protokol perlu diketepikan. Pemimpin UMNO tidak boleh lagi merasakan mereka seperti Presiden Amerika Syarikat yang perlu di kelilingi oleh pengawal-pengawal peribadi serta pegawai khas “empat peringkat”.

Kewujudan “orang-orang keliling” ini akan menjauhkan rakyat dengan pemimpin serta mewujudkan hijab antara masyarakat dan pemimpin UMNO. Manek Urai amaran kepada UMNO supaya meneruskan sikap sensitif-rakyat bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Manek Urai adalah pembuka jalan, dan jangan jalan itu terhalang lagi sebab pemimpin UMNO berubah-semula ke sikap lama selepas pilihanraya 2004.

 

Sumber petikan dari blog parpukari. 15hb Julai 2009.

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK