Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

Kes Liwat Anwar ditangguhkan dan PPSMI dimansuhkan.

Pada pagi 8hb Julai, kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula hari ini telah ditangguhkan ke Rabu depan 15 Julai.Ini kerana peguam utama beliau Suleiman Abdullah sambung cuti sakit. Rabu depan mahkamah akan putus dulu permohonan Anwar nak dapat dokumen-dokumen kes,juga usahanya nak cuba batal kes,lepas itu baru perbicaraan kes sebenar.Anwar tiba di mahkamah jam 9 pagi.Awalnya tak sampai 100 orang penyokong yang hadir di pekarangan mahkamah.Polis ramai berkawal.

Jumlah wartawan yang membuat liputan juga ramai.Masa Anwar keluar nak balik jam 9.40 pagi ada sekitar 200 orang penyokong berkumpul.Beliau bercakap sebentar dengan para wartawan.Kebanyakan penyokongnya berpakaian baju atau t- shirt warna hitam atau warna gelap.

Pada sebelah tengahari pula, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan PPSMI akhirnya sampai kepada penamat. Kabinet hari Rabu meluluskan agar PPSMI dimansuhkan dan pengajaran serta pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa 2012.

Mengumumkan keputusan kabinet tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan keputusan tersebut akan dijalankan secara berperingkat mulai 2012 bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun Empat serta Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Bagaimanapun katanya, bagi memastikan perubahan tersebut tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pengajaran dan peperiksaan kedua-dua matapelajaran akan terus dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kerakhir PPSMI tamat pada 2014.

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK