Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

8 dasar bagi perkemas pentadbiran Kerajaan Negeri Perak

 

IPOH 15 Jun — Kerajaan Negeri Perak telah menggariskan lapan dasar sebagai teras dan panduan bagi mencapai sasaran Perak Maju 2015.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dasar berkenaan meliputi semua aspek bagi memperkemaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Berikutan krisis ekonomi dunia sekarang, beliau berkata kemungkinan sasaran 2015 itu perlu dikaji semula dan lapan dasar itu akan menjadi teras bagi memastikan sasaran itu tidak terlalu lewat dicapai daripada yang telah diunjurkan.

Dasar pentadbiran kerajaan negeri yang cekap sangat penting dan selain memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), kakitangan kerajaan negeri telah diarah menjawab sebarang rungutan, komen dan permohonan dalam tempoh 14 hari, katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Transformasi Diri Perkhidmatan Awam Negeri Perak di sini hari ini.

Menteri Besar berkata dasar pertama yang digariskan itu ialah untuk menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang berasaskan ilmu dengan memastikan rakyat di negeri ini terdiri daripada masyarakat yang berilmu.

 

Petikan dari Utusan 15hb Jun 2009

 

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK