Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

Pelajar tidak perlu bimbang

PUTRAJAYA 1 Jun - Keputusan kerajaan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan membawa kesan negatif kepada para pelajar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar tingkatan empat tidak perlu bimbang kerana keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dilakukan secepat mungkin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran semalam dilaporkan berkata, keputusan muktamad mengurangkan bilangan subjek teras dalam SPM daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat. Pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut.

Muhyiddin menasihatkan para pelajar agar menjalani proses pembelajaran seperti biasa sehingga keputusan muktamad tersebut diumumkan.

''Keputusan yang telah saya bayangkan itu adalah untuk membantu para pelajar dan keluarga mereka selain memudahkan para guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. ''Banyak kesan positif yang telah kaji akan dapat dihasilkan setelah kita memutuskan bagi mengehadkan jumlah pengambilan mata pelajaran," katanya

Petikan dari Utusan. 02 hb June 2009.

 

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK