BERITA
SEMASA
Ekonomi menguncup.

KUALA
LUMPUR. 27 Mei - Ekonomi Malaysia menguncup lebih
teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009
berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada
tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa
ekonomi dunia terus berlarutan.
Ini
adalah penguncupan KDNK terburuk sejak suku keempat
1998 apabila ekonomi Malaysia terjerumus dalam
kemelesetan ketika krisis kewangan Asia. KDNK pada
waktu itu adalah -8.1 peratusKeadaan semasa ini
menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan negara
berdepan dengan kemelesetan yang teruk.Gabenor Bank
Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
berkata, ekonomi negara dijangka mencatatkan
penguncupan yang hampir sama pada suku kedua nanti.
''Kita
kian hampir dengan suku kedua 2009, kita hampir
melengkapkan suku kedua.
''Daripada
apa yang dilihat eksport sektor dan permintaan bagi
eksport masih lemah dan persekitaran ekonomi juga
dalam keadaan mencabar.
''Meskipun
ada tanda-tanda pemulihan tetapi prestasi suku kedua
nanti dijangka sama dengan suku pertama ini,''
katanya pada sidang akhbar ketika mengumumkan
prestasi ekonomi suku pertama 2009 di Bank Negara
Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, ekonomi
Malaysia akan memperlihatkan pemulihan yang ketara
pada suku ketiga dan mencatatkan pertumbuhan positif
menjelang suku keempat hasil pelaksanaan pelan
rangsangan ekonomi dan rangsangan kewangan kepada
sektor swasta yang dilaksanakan oleh bank pusat itu.
Petikan
dari Utusan. 27hb May 2009.
|