Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

Tolak komunisme.

PUTRAJAYA 25 Mei – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia. Sambil menyuarakan rasa amat terkejut dengan tindakan pihak tertentu yang cuba membangkitkan sentimen itu, beliau mengingatkan bahawa adalah satu bencana kepada negara ini jika ada pihak cuba menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia termasuk menerusi media cetak dan blog.

‘‘Pada masa ini jelas menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. ”

Ia makin ketara sejak pelancaran buku riwayat hidupnya Alias Chin Peng – My Side of History. Malah isu mengenai simpati terhadap Chin Peng pernah dibawa oleh DAP yang mendesak supaya kerajaan mengeluarkan satu kenyataan menteri ( a ministerial statement in parliament ) tidak lama dulu. Ada yang menyamakan perjuangan Chin Peng dengan nasionalisme kemerdekaan sedangkan realitinya beliau melacurkan nasionalisme untuk menegakkan komunisme yang akhirnya gagal kerana pengorbanan pasukan keselamatan atas sokongan rakyat.

Lalu tercetus lagi persoalan lain, apakah ini sebahagian daripada usaha untuk menafikan sumbangan gerakan nasionalisme Melayu dan usaha untuk menulis kembali sejarah agar mengikut kehendak kaum tertentu?

Petikan dari Utusan. 26hb Mei 2009.

 

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK