BERITA
SEMASA
13 Mei 1969.
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam
lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang
berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan
rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan
puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak
isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan
seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang
Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam
pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal
memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan
Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya
memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan
perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa
Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada
orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan
perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan
parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan
penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang
dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang
banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah
menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini
merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar
umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun
1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British
yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk
mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek
sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap
negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut
yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan
kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa
berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk
sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni
hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara
yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama
dalam keadaan dan suasana yang aman damai.
Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei
1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah
yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai
kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara
kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah
berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil
langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia
menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah
diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara
akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah
kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja
peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar
dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang
lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini.
Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia
ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa
mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu
antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih
adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula
haruslah didokong dan diberi sokongan yang
sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.
Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu
peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita
dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah
hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh
kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi
Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional
serta Wawasan 2020. |