Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

Cubaan terakhir Sivakumar : 2 hari lagi untuk kekal berkuasa

Dalam cubaan terakhir untuk terus berkuasa, Speaker V.Sivakumar telah bertindak menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Shah memohon mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ditangguhkan pada satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian.

Di dalam satu kenyataan yang dihantar kepada semua media, Sivakumar berkata beliau telah membuat permohonan itu melalui satu surat yang dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang 11 pagi ini.

Beliau berkata permohonan penangguhan  itu dibuat atas alasan kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan Menteri Besar masih dalam pertikaian mahkamah," katanya.

Sivakumar juga memberi alasan akan kebimbangan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemulian dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan buat sementara waktu," kata Sivakumar.

Persoalannya disini, kenapa baru kini Sivakumar mahu mengakui kuasa Sultan berkaitan perkara persidangan DUN.

Dengan tindakan terbaru Sivakumar ini, secara tidak lansung beliau kini memberi satu mesej yang jelas bahawa persidangan DUN bawah pokok yang mereka agung-agungkan sebelum ini adalah tidak sah kerana ianya diadakan tanpa perkenan Sultan.

 

Petikan dari PerakBN. 5hb May 2009.

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK