Muat Turun:

Borang Keahlian

ALAMAT SEKREATARIAT GAP 

No.75-77, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

Tel: 05-2541146, 05-2540741

Fax:05-2548899.

 
BERITA SEMASA

 

SAMBUTAN 100 TAHUN SMK ANDERSON

IPOH, 16 FEBRUARI - Sekolah Anderson yang menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya tahun ini dicadang mendokumentasi segala maklumat, peristiwa dan rekod pendidikan di situ semasa penjajahan British untuk dijadikan tatapan dan rujukan generasi akan datang.

Dibuka dengan rasmi pada 8 Feb 1909 dengan menggunakan nama yang diambil sempena Sir John Anderson, pesuruhjaya Inggeris ketika itu, sekolah ini ditubuhkan kerana keperluan kepada anak-anak Melayu yang sukar mendapat tempat di Maktab Melayu Kuala Kangsar yang wujud sejak 1905.

DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah berangkat melancarkan sambutan itu yang berlangsung di padang sekolah berkenaan. Turut berangkat ke sambutan itu DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, DYAM Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah serta Menteri Besar Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri. Dalam perutusan baginda, Sultan Azlan Shah berharap Sekolah Anderson akan mengekalkan pencapaiannya dalam bidang pendidikan dan sukan sejajar dengan kedudukannya sebagai sebuah sekolah terkemuka.

Sambutan itu dimeriahkan dengan perbarisan dan tabik hormat oleh kontinjen pelajar sekolah berkenaan selain persembahan payung terjun oleh lapan orang komando 69 Ulu Kinta. Selain itu, upacara menaikkan bendera 100 tahun serta pameran sekolah yang menghimpunkan pelbagai peristiwa, peralatan lama dan bekas-bekas pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah tersebut.

Petikan dari perakgov. 23hb Februari 2009.

                                                                                                                                          copyright © 2009 gap.org.my. Graduan Anak PERAK