BERITA
SEMASA
Speaker Tiada Kuasa
Gantung MB PERAK

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari Khamis
memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.
Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung
Menteri Besar Pera, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
serta enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan
negeri itu. Keputusan tersebut diputuskan oleh lima
panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Aluddin Sheriff.
Dengan keputusan itu, Dr Zambry dan enam orang Exco
yang digantung oleh Sivakumar sebelum ini boleh
menghadiri sidang DUN Perak. Keputusan Sivakumar itu
tidak pernah di bawa ke dalam DUN untuk dibahaskan
sebaliknya beliau membuat keputusan di luar pada
Sidang DUN Perak.
Berdasarkan amalan di Dewan Rakyat dalam kes Ahli
Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung
selama satu tahun, usul untuk menggantungnya
dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan sebelum
keputusan diluluskan. Namun dalam kes Sivakumar,
keputusan menggantung Dr Zambry dibuat di luar
sidang Dewan dan diumum pada sidang media sahaja.
Petikan dari AgendaDaily. 16hb April 2009.
|