BERITA
SEMASA
Ismail
Gagal Di Bukit Gantang.
Akhirnya teka-teki akan siapa yang akan menang
pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang sudah
terjawab. Setelah berhempas pulas selama lebih dua
minggu, nampaknya, calon Barisan Nasional Ismail Saffian
gagal untuk merampas kerusi Bukit Gantang.
Ismail kalah dengan mendapat 19,071 undi manakala
Nizar 21,860 undi dengan majoriti 2,795 undi.
Kemenangan calon Pas Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin adalah atas pilihan yang dibuat pengundi.
Sebagaimana yang umum tahu, Nizar menang atas undi
yang diberikan oleh pengundi kaum bukan
Melayu.Difahamkan, Nizar menang besar di peti undi
Kuala Sepetang dengan memperolehi 8,469 undi
manakala Ismail hanya 6,259 undi walaupun BN
telahpun menunaikan hampir segala permintaan
penduduk di perkampungan nelayan itu daripada
pemberian tempoh maxima pajakan tanah 99 tahun
hinggalah kepada penukaran tanah KTMB untuk 1,000
setinggan di situ.
Ismail juga kalah kepada Nizar di kawasan pengundi
bukan Melayu lain iaitu Changkat Jering dengan 8,208
berbanding Nizar 9,897. Dengan sokongan kuat
daripada kaum bukan Melayu terutama pengundi Cina
untuk Nizar, memang sukar bagi Ismail untuk menang
berikutan undi Melayu yang sememangnya sudah pecah.
Faktor Ismail adalah calon anak tempatan nampaknya
gagal menarik undi Melayu mengundi BN. Ini
berdasarkan bahawa undi BN pada kali ini hanya
meningkat sebanyak 363 sahaja manakala undi Pas pula
meningkat sebanyak 1,792 berbanding pilihan raya
pada 8 Mac lalu.
Dimana silapnya?
Petikan dari perakbn. 08 hb April 2009.
|