BERITA
SEMASA
PEROKOK LEBIH HINA DARIPADA LEMBU
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata
umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka
melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap
rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata
amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh
agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak
boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak
mempunyai otak dan fikiran.
"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup
melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan
kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian
melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap
rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya
ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di
sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang
mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid
sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan
amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.
Petikan dari utusan. 27hb Mac 2009.
|