BERITA
SEMASA
Restoran di Kaki Lima, MBI jangan 'double standard'

IPOH - Majlis Bandayara
Ipoh (MBI) diminta untuk lebih telus menjalankan
tanggungjawab mereka kepada masyarakat tanpa ada
‘double standard’.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dalam
kenyataannya kepada Sinar Harian di sini semalam
mempersoalkan tindakan MBI yang disifatkannya
sebagai cuai dalam menegakkan undang-undang.
“Saya telah mempersoalkan kewujudan Restoran Haji
Yahya di Jalan Datuk Onn berdekatan dengan pasar
besar Ipoh sejak begitu lama, tetapi MBI tidak
mengambil sebarang tindakan.
“Bayangkan sebuah restoran di kaki lima iaitu
kawasan pejalan kaki, dari sebuah kedai makan yang
kecil kini ia berubah menjadi sebuah restoran besar
yang memakan seluruh kawasan pejalan kaki.
Kulasegaran berkata, masyarakat mengadu pelanggan
sering meletakkan kenderaan di sepanjang jalan itu
yang akhirnya mengakibatkan berlakunya kesesakan
lalu lintas terutamanya pada waktu pagi dan waktu
kemuncak.
Menurutnya, banyak aduan telah dihantar kepada MBI
termasuk dari badan-badan bukan kerajaan tetapi
pihak berkuasa tempatan itu hanya membisu.
“Adalah tidak logik MBI masih menutup mata dengan
kewujudan sebuah restoran sejak sekian lama di kaki
lima pejalan kaki,” katanya yang bercadang untuk
membuat laporan polis terhadap MBI yang dikatakan
menyalahgunakan kuasa.
Petikan dari SinarHarian.
20hb Mac 2009. Diedit oleh adminGAP
|