BULETIN GAP
GAP KECEWA: Macam negeri Pasir Dua Butir daa.

Mesyuarat Pakatan
Pembangkang di bawah poko menjadi bahan ketawa warga
-“Apa di bawah pokok tu,” tanya Re seraya dijawab
oleh Mi “Agaknya di bawah pokok sana tu orang jual
ais krim tak”. Balas si Re “Ais krim nenek kau” ...itulah
antara dialog yang diungkapkan oleh Re dan Mi
setibanya mereka ke negeri Pasir Dua Butir setelah
dibawa oleh tikar pandan terbang yang dikemudi oleh
Do dari negeri Pasir Berdengung dalam filem
Laksamana Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee.
Graduan Anak Perak kecewa dengan sikap degil,
memalukan rakyat, tidak menghormati Sultan dan juga
mengelirukan rakyat oleh senario yang dimainkan oleh
Pakatan Pembangkang. Walaupun telah dimaklumkan oleh
Penasihat Undang-Undang Negeri dan Setiausaha DUN
bahawa sidang tergempar itu tidak sah kerana tidak
mendapat perkenan Sultan Perak, Sivakumar tetap
meneruskan rancangannya itu dan lebih menarik
‘sidang bawah pokok’ itu meluluskan tiga usul.
Usul-usul itu ialah mengesahkan keputusan Sivakumar
melarang Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
dan enam EXCOnya daripada menghadiri sidang DUN,
sokongan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai
Menteri Besar dan usul untuk membubarkan DUN Perak.
Drama itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila
‘Menteri Besar bawah pokok’ memaklumkan kepada
wartawan, beliau akan menghadap Sultan Perak bagi
memaklumkan keputusan yang dibuat oleh sidang
tergempar DUN bawah pokok untuk membubarkan dewan.
Sidang tergempar bawah pokok diadakan selepas para
wakil rakyat pembangkang tidak dibenarkan masuk ke
dalam kawasan bangunan Perak Darul Ridzuan yang
menempatkan DUN Perak.
Graduan Anak Perak ingin menyeru Yb-Yb Pakatan
supaya menerima kepustusan Sultan Perak dan
meneruskan kerja masing-masing dikawasan meraka.
Berkhimat lah untuk rakyat dan bukan untuk diri
sendiri, kurangkan bercakap dan banyakkan membuat
kerja. Biar lah rakyat membuat keputusan lepas tiga
tahun lagi dan jangan memainkan sentimen isu rakyat
untuk menghina Sultan dan institusi raja di negeri
Perak.
Diedit oleh admin GAP
05/03/2009.
|