BULETIN GAP
Gong Xi Fa Cai.
Pada 14 hb Februari ini,
masyarakat Tionghua baik di Malaysia mahupun di
seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baru Cina.Tahun
ini, kalendar Cina berputar kepada Tahun Harimau.
Menurut kepercayaan, harimau amat dihormati sebagai
lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga
kemewahan dan melindungi daripada kejahatan.
Meski ada yang
berpendapat Tahun Harimau bukanlah tahun yang cukup
baik terutama jika diukur daripada aspek ekonomi,
namun, ia tidak menghalang masyarakat Tionghua untuk
bekerja lebih keras demi kesejahteraan hidup.
Bercakap mengenai
sambutan Tahun Baru Cina, pada saat ini, pastinya
ramai yang sudah membuat persiapan bagi memeriahkan
lagi suasana tahun baru.
Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan seluruh AJK Graduan Anak Perak ingin
mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat
Tionghua Malaysia , semoga bergembira bersama
keluarga tercinta. |