BULETIN GAP

Graduan Anak Perak : Daulat Tuanku
Graduan Anak Perak
percaya Barisan Nasional mampu membawa perubahan kepada negeri Perak
dalam masa terdekat ini terutama dalam menghadapi krisis ekonomi
global yang semakin mencengkam rakyat Malaysia khususnya negeri
Perak itu sendiri.
Graduan Anak Perak
berharap pihak terbabit berhenti menuding jari dan memberi sokongan
kepada kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh Datuk Dr Zambry
Abdul Kadir yang dilantik Menteri Besar selepas memperolehi majoriti
31 kerusi (28 Pakatan Rakyat) apabila tiga wakil rakyat, dua
daripada PKR dan satu DAP keluar parti dan mengisytihar sokongan
kepada BN.
Sementara itu, Graduan
Anak Perak memetik kata-kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani
Zakaria Mufti Perak, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada
pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu
dianggap derhaka. Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat
Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu
raja.
''Raja yang adil dan
bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam
asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati. ''Oleh
itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di
sesebuah negeri itu," kata beliau
Mengulas lanjut,
Harussani berkata, seseorang yang tidak taat kepada raja selagi raja
itu tidak melakukan perkara yang dilarang, bererti derhaka. ''Kita
juga diwajibkan taat kepada ibu bapa serta guru dan jika tidak taat
itu bererti menderhaka kepada mereka," katanya
Diedit oleh Admin GAP |